Thursday, June 14, 2012

Muhasabah Diri


Teringat peringatan seorang SAHABAT kepada diri ini.

[Muhasabah diri~ kita selalu fikir dua tiga kali adakalanya sampai beribu-beribu kali nak patuh suruhan ALLAH dan tinggalkan laranganNYA. sedang DIA bagi kita free-free ja nikmat mata, kaki, telinga, rezeki..tak perlu pun kita doa dan minta-minta, automatik jer dapat~ oksigen hari-hari dapat tu, ade ALLAH 'kira'?? kite je yg sering 'berkira-kira' dengan Allah..nak buat perintah yg kecil pun masih teragak-agak ..apatah lagi nak berdakwah, seribu satu alasannya..sila tanya diri sendiri, agak-agak la kan.. ikut sifir manusia, kalaulah Allah ni ‘berkira’ macam kita..layak ke doa kita dimakbulkan? Andai doa kita tak dimakbulkan pun, layak ke kita menangis?? ~Ampunkan aku YA ALLAH!!~T____T

Buat SAHABAT  ku Syukran, di atas ingatan ini.
 Jazakillah Khairan Katheera.




Wednesday, May 30, 2012

"dia"

Assalamualaikum.....^__^

Sudah lama, membiarkan blog ini sepi tanpa apa2..... Bukan apa, tiada apa2 yang ingin dikongsikan...Kadang2 bila ingin menulis...Terhenti tiba-tiba....
Ketika saat ini, mata ini masih lagi belum mahu tidur.....Puas saya cuba memejamkan mata, namun masih lagi tidak mahu tidur...Mybe sebab hari ini saya terlebih minum nescafe, ditambah pula dengan memikirkan tentang "dia"....Dimana salahnya saya, sehingga sukar mencari keputusan yang terbaik tentang "dia".... Saya beruntung kerana ada "bonda" yang sentiasa mengingatkan saya, agar bersabar dengan "dia".....Kerana tak mahu tidur juga, saya mengambil keputusan:

Bangun dari katil, on window..... Buka spss, check balik data-data....Alhamdulillah, terjumpa sesuatu.. Sekarang dah faham kenapa.... ^__^




Saturday, May 12, 2012

Aku, Dia dan DIA




Aku dan Dia,

Dia dan Aku,

Tidak dapat dipisahkan,

Kemana saja Aku pergi,

Dia sentiasa mengekori Aku,

Kadang-kadang kerana Dia,

Aku menangis,

Dia sering menduga hatiku,

Dia sering menguji aku,

Dia selalu mempermainkan perasaan aku,

Walaupun apa yang Dia lakukan kepadaku,

Aku tidak boleh tinggalkan Dia,

Kerana Dia begitu penting bagi masa depan Aku,

Aku boleh menghadapi segalanya,

Kerana antara Aku dan Dia,

Aku ada DIA,


Monday, May 7, 2012

Ukhuwah Itu Indah


Jangan… Jangan… Jangan terlalu rapat dengan saya,
Kerana saya bimbang sikapnya akan membakar dirinya.
Jangan…. Jangan…. Jangan terlalu rapat dengan saya,
Kerana saya sayang kan dia tetapi sikapnya, telah menjauhkan saya dan dia.
Hakikatnya saya sayangkan dia.... semoga apa yang berlaku dalam persahabatan kita merupakan ujian... 

Ya Allah, kepada-Mu aku bermohon berikanlah aku rezeki berupa cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu agar bertambah cintaku kepada-Mu. 


Friday, April 27, 2012

I Love U Lillahi Ta'ala.


Assalamualaikum.......

Pejam celik pejam celik dah hampir tiga tahun usia "PERSAHABATAN" kita.

Ada "SUKA"

Ada "DUKA"

Kemana saja, kita tetap bersama mengharungi cabaran dan dugaan di Bukit Ilmu Tercinta.

Maafkan diri ini, seandainya pernah melukakan hatimu "SAHABAT".

Buat "SAHABATKU": I Love U Lillahi Ta'ala. 

Friendship forever...InsyaAllah
Indahnya "PERSAHABATAN










Wednesday, April 25, 2012

Cinta Ilahi


Ya Allah,
Cemburunya aku melihat mereka, cinta mereka kepada-Mu tidak terlawan dengan cintaku kepada-Mu. Mereka begitu mencintai-Mu sedangkan aku…

Cinta Allah cinta yang hakiki

Berusahalah untuk mendapat cinta-Nya




Tuesday, April 24, 2012

Aku KELIRU


Pesanan penaja: Buatlah sesuatu dengan IKHLAS tanpa mengharapkan BALASAN dari orang lain... Senyum Tak Perlu Kata Apa-apa ^______^

Friday, January 6, 2012

Bunga Sakura...

Assalamualaikum WBT...
Semoga rakan-rakan berada dalam limpahan kurnia dari-NYA..
Hari ini saya tertarik untuk berkongsi dengan rakan-rakan berkaitan dengan "Bunga Sakura".
Entry kali ini saya copy dari http://sabahanmuslim.blogspot.com, salah satu blog yang saya suka lawati. Menarik dan penuh dengan ilmu.. Penulisnya masih muda tetapi mempunyai misi dalam perjuangan dakwah.. Semoga perjuangannya sentiasa dipermudahkan Allah SWT.



Hidup Umpama Bunga Sakura
Monday, August 03, 2009 | Author: Fakhrullah Bin Mawardi
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLim



Bunga sakura,
Waktu hidupmu hanya sementara,
Namun tetap mengindahkan hidupmu semekar-mekarnya,
Kerana kau tahu jangka waktumu,
Waktu yang diberi tidak dibuang sia-sia.

Manusia,
Tidakkah kau sedar,
Bahawa hidupmu laksana bunga sakura,
yang hanya tumbuh pada musim semi,
yang hanya hidup dengan waktu yang singkat.

Ingin ku bertanya pada dirimu,
Tidakkah kau ambil pelajaran darinya,
dari kemekaran bunga sakura,
menjadikan masa hidupnya semekar-mekarnya,
bagaimana pula dengan kita.

Tidak kah kau memikirkan,
sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi,
ada tanda-tanda peringatan untuk kita,
laksana bunga sakura pada hidupnya,
agar kita mengambil pelajaran,
bahawa hidup ini ada waktunya,
waktu yang ditentukan oleh Yang Maha Kuasa,
mekarkankanlah waktu mu itu semekar-mekarnya,
agar kau tetap mekar di akhirat sana.




Cantikkan bunga sakura...bila ada kesempatan untuk melihatnya dengan lebih dekat.


Cinta Pohon Sakura...^___^