Wednesday, May 30, 2012

"dia"

Assalamualaikum.....^__^

Sudah lama, membiarkan blog ini sepi tanpa apa2..... Bukan apa, tiada apa2 yang ingin dikongsikan...Kadang2 bila ingin menulis...Terhenti tiba-tiba....
Ketika saat ini, mata ini masih lagi belum mahu tidur.....Puas saya cuba memejamkan mata, namun masih lagi tidak mahu tidur...Mybe sebab hari ini saya terlebih minum nescafe, ditambah pula dengan memikirkan tentang "dia"....Dimana salahnya saya, sehingga sukar mencari keputusan yang terbaik tentang "dia".... Saya beruntung kerana ada "bonda" yang sentiasa mengingatkan saya, agar bersabar dengan "dia".....Kerana tak mahu tidur juga, saya mengambil keputusan:

Bangun dari katil, on window..... Buka spss, check balik data-data....Alhamdulillah, terjumpa sesuatu.. Sekarang dah faham kenapa.... ^__^




Saturday, May 12, 2012

Aku, Dia dan DIA




Aku dan Dia,

Dia dan Aku,

Tidak dapat dipisahkan,

Kemana saja Aku pergi,

Dia sentiasa mengekori Aku,

Kadang-kadang kerana Dia,

Aku menangis,

Dia sering menduga hatiku,

Dia sering menguji aku,

Dia selalu mempermainkan perasaan aku,

Walaupun apa yang Dia lakukan kepadaku,

Aku tidak boleh tinggalkan Dia,

Kerana Dia begitu penting bagi masa depan Aku,

Aku boleh menghadapi segalanya,

Kerana antara Aku dan Dia,

Aku ada DIA,


Monday, May 7, 2012

Ukhuwah Itu Indah


Jangan… Jangan… Jangan terlalu rapat dengan saya,
Kerana saya bimbang sikapnya akan membakar dirinya.
Jangan…. Jangan…. Jangan terlalu rapat dengan saya,
Kerana saya sayang kan dia tetapi sikapnya, telah menjauhkan saya dan dia.
Hakikatnya saya sayangkan dia.... semoga apa yang berlaku dalam persahabatan kita merupakan ujian... 

Ya Allah, kepada-Mu aku bermohon berikanlah aku rezeki berupa cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu agar bertambah cintaku kepada-Mu.