Thursday, April 28, 2011

Kenangan- Malam 26 dan Pagi 27

Persahabatan dan percintaan.

Semalam SAYA dan kawan-kawan menonton citer Mujhe Dosti Karoge (Sudikah Kamu Menjadi Kawanku?). Tajuk yang menarik tentang percintaan dan persahabatan. Indahnya persahabatan kerana sanggup mengorbankan percintaan. Mmm, antara cinta dan persahabatan mana yang kita pilih ye??? Bila Tanya kat kawan2 SAYA iaitu Farah, Ana dan Sakinah. Mereka akan jawab persahabatan, samalah dengan SAYA… SAYA juga akan pilih persahabatan… >_<

Persahabatan satu ikatan yang indah, suka dan duka kita tempuh bersama… saling ingat-mengingati antara satu sama lain agar masing-masing sentiasa berada dalam keredaan-NYA.. Tapi x dinafikan cinta juga indah, indahnya percintaan andai dalam satu ikatan yang halal.

Kenangan pada malam ini, begitu indah bagi diri … perbualan diantara kami sentiasa disulami dengan gelak ketawa.. Ana pula tak habis-habis dengan perangainya yang suka mengusik… Farah pula dengan persoalan-persoalan untuk masa depan…. Sakinah diam sikit sebab dia masih segan dengan Ana… SAYA pula lebih banyak gelak, mendengar perbualan Farah dengan Ana, dan kadang-kadang SAYA juga join Ana usik Farah…hehehehehe.. tetapi papepun, kamu semua memang best.

Setiap pertemuan ada perpisahan.

Pagi ini kak Elly datang bilik… bagitau yg dia dan kak Zila dah nak balik kampung…. Sedih, sebab sem depan kami dah takkan jumpa lagi…. Sem nie adalah sem akhir kak elly dan kak zila kat perbukitan ilmu ini…setelah 3 tahun, mereka menempuh pelbagai suka dan duka.. Alhamdulillah, mereka telah berjaya menamatkan pengajian dan menghadapi segala rintangan yang menghalang jalan juangnya… Walaupun hanya setahun lebih kami berkawan, sudah cukup menciptakan kenangan buat kami.. sy pasti akan merindui gelak ketawa kak Elly dan kak Zila... ^__^


Mudah-mudahan Allah akan mempermudahkan jalan juang sy juga.. INSYA-ALLAH…. Satu tahun lagi baki yang perlu SAYA habiskan di bukit ilmu ini... Mudah-mudahan, SAYA dan sahabat SAYA dapat menamatkan dengan jaya.. INSYA-ALLAH...


  


Wednesday, April 27, 2011

Dahulu..... Kini

Dahulu kau tidak begitu…….
Dahulu kau seorang yang penyayang,
Dahulu kau seorang yang prihatin,
Dahulu kau seorang yang pemurah,
Dahulu kau seorang yang baik hati,
Dahulu kau tempat aku berlindung,
Dahulu kau tempat aku menyelesaikan masalah,
Dahulu aku gembira bila bersama kau,
Dahulu aku bangga bila kau ada disisi aku,
Dahulu aku rasakan setiap masalah akan selesai bila kau ada,


Tapi itu dahulu…..


Kini kau telah berubah,
Kini dia adalah keutamaan bagimu.


Tapi aku tak pernah kecewa dengan sikapmu...


Kerana DIA sentiasa ada bersamaku,
Kerana DIA lebih mengetahui tentang perasaanku,
Kerana DIA lebih menyayangi aku,
Kerana DIA adalah sebaik-baik pelindung bagiku,
Kerana DIA sentiasa memberi aku kekuatan.

"Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari kemurungan dan sedih. Aku berlindung kepada-Mu dari ketidak berdayaan dan kemalasan. Aku berlindung kepada-Mu dari sikap pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepada-Mu dari jeratan hutang dan paksaan orang lain."

Sunday, April 24, 2011

Rindu Kampung

Assalamualaikum wbt....

Kaku. Blur. Mmmmm.... first xtau nak tulis ape... Tp akan kuatkan jari jemari ini untuk menulis apa yg terlintas di fikiran...Dah lama blog nie terbiar, kesian... Nasiblah wahai blog sebab dapat tuan yg tak bertanggungjawab.. >_<
InsyaAllah pada hari ini, sy akan usahakan juga untuk menulis, ye blog.... Bak kata FARAH, tulislah apa yg terlintas...thanks FARAH sebab bagi semangat kat sy untuk menulis kembali (ikutkan aty dah nak bersara tp FARAH punye pasal xpe sy cuba)... ^_^


Petang yg sejuk dan dingin ini, membuatkan sy terkenangkan suatu perkara yg membuatkan hati ini meronta-ronta nak balik KAMPUNG iaitu sy rindu sangat kat FAMILY sy. Rindu dengan MAK, rindu dengan gelak ketawa anak-anak saudara sy, rindu dengan abang-abang sy, rindu dengan kakak-kakak sy... dan rindu dengan seorang lelaki yang menjadi pemangkin kepada sy selain MAK sy...Dia adalah orang kedua terpenting dalam hidup sy....Lelaki ini terlalu istimewa buat sy, dialah tempat sy meluahkan perasaan sy selain abang sy. dia lah kawan dan dia lah musuh(tp taklah sampai kami berdendam, gaduh2 manja..=P). Dia terlalu istimewa bagi sy.. Kalau dia x suka dengan sesuatu perkara, sy akan cuba untuk tidak melakukannya.. Terus terang sy katakan yg sy sayang kan dia.......


_Inilah dia lelaki yang sy maksudkan iaitu ADIK sy_

 


Tak sabar rasanya menanti detik 29 april 2011, ingin bertemu dengan FAMILY yg tercinta... Mudah-mudahan semuanya selamat....