Sunday, December 18, 2011

Wan Muhammad Adam Hariz part 2

Assalamualaikum WBT....


Inilah gambar WMAH, Alhamdulillah dah keluar hospital tp penyakit kuning masih lagi ada...Doa-doakan anak saudara saya ye semua...Mudah-mudahan semuanya selamat....

Thursday, December 15, 2011

Wan Muhammad Adam Hariz

Assalamualaikum WBT....


Hari ini saya ingin berkongsi 1 cerita.... Mesti ada yang tertanya-tanya siapa WMAH...WMAH ialah anak saudara saya yang ke-10..Alhamdulillah, pada tanggal 8 disember WMAH dapat melihat dunia..sepatutnya due date dia pada tanggal 18, tapi disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat di elak, pada 8 disember WMAH dilahirkan... Selepas dilahirkan WMAH terpaksa di tahan di wad untuk beberapa hari kemudian dibenarkan pulang.


Beberapa hari kemudian, ketika di kampung WMAH, sekali dimasukkan ke wad, kerana ada penyakit kuning.. Sepanjamg di hospital, WMAH asyik menanggis...Kesian, dari dia dilahirkan sehingga umurnya 8 hari (pada hari ini) WMAH telah diduga...


"Ya Allah, sembuhkanlah Wan Muhammad Adam Hariz, berikanlah Ibu nya kekuatan"


Sayu hati saya, bila mendengar cerita tentang WMAH.... Kepada kakakku tabahkanlah hatimu,
ALLAH ITU DEKAT, PENUH DENGAN KASIH SAYANG..
Maaf kerna belum ada kesempatan untuk pulang ke kampung....

Monday, December 12, 2011

Minggu-Minggu Terakhir.

Assalamualaikum WBT, 
Minggu ini merupakan minggu untuk menyiapkan 
Percaya atau tidak ada dua minggu lagi kesempatan untuk menyiapkan ASAIMEN, tetapi


ASAIMEN masih banyak......... >_<
bukan sengaja buat last minit tapi........(biarlah rasia)  ^_____^


tak pe....tak pe... insyaAllah saya mampu menyiapkannya andai saya rajin seperti SEMUT (idola Anna).
Anna kata semut rajin, dia juga nak jadi rajin dan berusaha macam semut...dan saya pun nak jadi rajin seperti SEMUT lah...(*__*)


Yesss, saya pasti berjaya menyiapkan ASAIMEN saya........

*nota kaki: saje suka-suka tiada kaitan dengan sesiapa*

Tuesday, November 29, 2011

“dia” menangis kerana mengingati diriku??
Aku tidak percaya,
Tetapi itu lah hakikat yang sebenar.

Ya ALLAH,
Aku sungguh terharu.
Engkau lebih mengerti tentang perasaan ku terhadapnya,
Tentang rinduku kepada “dia”.

Ya ALLAH,
Aku bersyukur dengan nikmat yang Engkau berikan kepadaku.

ALHAMDULILLAH.

~Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu, Engkau lindungilah “dia”. Semoga “dia” sentiasa berada dalam rahmat-Mu. Ya ALLAH, berikanlah “dia” petunjuk dan rahmat-Mu. Tuntunlah “dia” ke jalan yang Engkau redhai. Jangan biarkan “dia” terkorban dengan dunia.~

Friday, October 28, 2011


Ya Allah
Jika dia bukan milikku,
Jauhkanlah aku dengan dirinya.

Ya Allah
Jika dia bukan milikku,
Damaikanlah hati dengan ketentuan-Mu.

Ya Allah
Lindungilah aku 
agar aku tidak menyintai orang yang salah.

Ya Allah
Lindungilah aku
agar aku tidak menjatuhkan 
cintaku
 di tempat yang tidak sepatutnya.

Monday, October 24, 2011

Cintaku Hanya Pada-NYA

Nota Cinta - Saujana

Andainya dapat kumenulis
Nota-nota cinta buat diri Nya
Inginku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga yang indah berseri

Kusembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada Nya
Kasehku balas cinta Nya
Setiaku balas kasih Nya
Kasihku kasih yang setia pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat Nya
Akurku kebesaran Nya
Teragung Maha Suci Nya
Taatku hamba yang hina pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat Nnya terus mencurah-curah
Nur hidayah Nya semakin cerah


Read more: http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-lagu-nota-cinta-saujana.html#ixzz1bh7FJF7V

Saturday, October 22, 2011

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥



Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."

(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” 
(HR. Al-Hakim)



by : Ilham Muslimah

Sunday, October 16, 2011

Saat hati ini di uji....

Assalamualaikum WBT....
disini saya ingin berkongsi sebuah lagu :
(Opick- Cahaya Hati)


Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa-jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala

Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi


Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah





Saat hati ini di uji.... Nama-NYA sentiasa di hatiku.

Friday, October 14, 2011

Hati Yang Aku Lukai

Ku Menanggis,
Membayangkan 
Betapa Kejamnya
Diriku.
Ku Lukakan Hatimu,
Disebabkan Keterlanjuran Kata-kataku,

Ku Menangis,
Mengenangkan Perubahan 
Dirimu Terhadapku.
Aku Tahu, 
Aku Telah Kecewakan Dirimu.

Maafkan Aku, 
Disebabkan Keterlanjuran Kata-kataku.
Andai Sukar Memaafkan Diriku 
Aku Mengerti.


Aku Sedar,
Hati Yang Dilukai
Sukar Di Ubati Dengan Perkataan
MAAF.



Minggu Sedih

Assalamualaikum WBT


Diam "dia" membuatkan saya terseksa.
Diam "dia" membuat saya berdosa.
Kepada "dia" katakanlah sesuatu, saya sedia menerimanya.

Monday, September 26, 2011

Walau Sekejap, Ukhwahnya Tetap Terasa

Assalamualaikum WBT.... (^_^)


Hari nie nak berkongsi 1 cerita... x lah best sangat dan x lah menarik.. juz nak berkongsi je.... =P  

Semalam 25 Sept 2011, Kolej de wat program Mahasiswa bersama RT. Pada mulanya xnak pergi tapi disebabkan terpaksa kenalah rela hati.. Program nie lebih menggalakkan dak2 junior yg pergi, so blok2 lain hantar junior mereka tetapi tidak blok ku yg menggalakkan dak2 senior join...

Perasaan ketika otw nak pergi sana agak berat hati gak...Di takdirkan sy 1 kumpulan dengan my lovely coursemate and merangkap S/U blok... Alhamdulillah.... Ketika kami sampai kat sana, kami di sambut oleh RT dan penduduk Kajang Mewah.. Paling seronok tengok adik-adik yg ceria menyambut kedatangan kami...  Pak cik2 dan mak cik2 yg sporting dan bersepakat membantu kami... Sebelum mulakan tugas kami dibahagikan kepada 3 kumpulan.... agak sedih sebab terpisah dengan my S/U tapi ada gak perasaan gembira kerana 1 kumpulan dengan Ana..

Seronok melakukan aktiviti bersama-sama adik2 yg rajin, yg paling seronok jumpa dengan adik comel yg bernama FAIZ, baru berumur 2 1/2 tahun tapi rajin membantu, dah lah comel... Tak terasa penat buat kerja bila tengok telatah dia...coooomel sangaaaaattt... (^_^)

Tiba2 datang perasaan rindu kat anak saudara....huhuhuhu.. AISYA NUR HUMAIRA... 4 bulan bersamanya, ketika dia baru pandai jalan sampailah dia pandai  berlari... Sepanjang cuti 4 bulan tue macam2 sy dan dia lakukan... cerita yg paling dia suka ialah Upin dan Ipin... Bila orang kata2 betul2, dia mesti cari remote suruh pasang TV.. rindunya kat dia... 

Gambar Ketika Hari Raya..


Ini gambar dia ketika belum berumur setahun.

Kembali kepada program tadi...Maaf dah terkeluar dari landasan...hehehehe.... Tugas kami ketika disana adalah bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan tersebut. Setelah selesai kami diberikan makanan dan sesi bergambar pun bermula.. yg menjadi perhatian ialah adik FAIZ... Semua orang nak bergambar dengannya, nasib baiklah dia sporting. tak kisah sape ambil mesti dia nak... That's all.. (^___^)


Saturday, September 24, 2011

Pesanan Seorang Abang Kepada Adiknya

Assalamualaikum WBT.....

Sudah lama tak up date blog nie...kalaulah blog nie merupakan sebuah taman, rasenye mungkin dah dipenuhi dengan semak samun, tapi nasib baiklah blog nie bukan taman.... (^_^)  tetap macam dulu, malu untuk mencoretkan sesuatu. Tetapi akan cuba melakukan sedikit perubahan..

Ketika ini, perasaan x keruan, disebabkan gabungan pelbagai emosi  (sedih+marah+takut+benci=???) but masih kongruen iaitu masih seimbang....hehehehe.... Sudah 2 minggu duk kat BUKIT ILMU nie, dah macam2 dugaan yg datang.... kadang2 hampir rebah, namun cepat je hati ini membisikkan kata2 hikmah..."ingatlah sy ALLAH sentiasa bersamamu." seperti ada kekuatan lain, sy bersemangat mengharungi dugaan itu. Ditambah pula dengan pesanan seorang abang yg jauh dimata tapi dekat dihati:

"sy belajar baik2, kalau kita buat perkara baik InsyaAllah ALLAH SWT akan balas dengan sesuatu perkara yg baik. Jujurlah dgn diri sendiri. sekiranya ada masalah, ingat itu adalah dugaan ALLAH utk kita. semakin banyak takwa kita semakin banyak dugaan yg ALLAH uji kepd kita, seseorang itu tidak dikira bertakwa, sekiranya tiada dugaan"

Thanks to my Brother, I hope that U will return safely to their families. May ALLAH bless U.




Thursday, April 28, 2011

Kenangan- Malam 26 dan Pagi 27

Persahabatan dan percintaan.

Semalam SAYA dan kawan-kawan menonton citer Mujhe Dosti Karoge (Sudikah Kamu Menjadi Kawanku?). Tajuk yang menarik tentang percintaan dan persahabatan. Indahnya persahabatan kerana sanggup mengorbankan percintaan. Mmm, antara cinta dan persahabatan mana yang kita pilih ye??? Bila Tanya kat kawan2 SAYA iaitu Farah, Ana dan Sakinah. Mereka akan jawab persahabatan, samalah dengan SAYA… SAYA juga akan pilih persahabatan… >_<

Persahabatan satu ikatan yang indah, suka dan duka kita tempuh bersama… saling ingat-mengingati antara satu sama lain agar masing-masing sentiasa berada dalam keredaan-NYA.. Tapi x dinafikan cinta juga indah, indahnya percintaan andai dalam satu ikatan yang halal.

Kenangan pada malam ini, begitu indah bagi diri … perbualan diantara kami sentiasa disulami dengan gelak ketawa.. Ana pula tak habis-habis dengan perangainya yang suka mengusik… Farah pula dengan persoalan-persoalan untuk masa depan…. Sakinah diam sikit sebab dia masih segan dengan Ana… SAYA pula lebih banyak gelak, mendengar perbualan Farah dengan Ana, dan kadang-kadang SAYA juga join Ana usik Farah…hehehehehe.. tetapi papepun, kamu semua memang best.

Setiap pertemuan ada perpisahan.

Pagi ini kak Elly datang bilik… bagitau yg dia dan kak Zila dah nak balik kampung…. Sedih, sebab sem depan kami dah takkan jumpa lagi…. Sem nie adalah sem akhir kak elly dan kak zila kat perbukitan ilmu ini…setelah 3 tahun, mereka menempuh pelbagai suka dan duka.. Alhamdulillah, mereka telah berjaya menamatkan pengajian dan menghadapi segala rintangan yang menghalang jalan juangnya… Walaupun hanya setahun lebih kami berkawan, sudah cukup menciptakan kenangan buat kami.. sy pasti akan merindui gelak ketawa kak Elly dan kak Zila... ^__^


Mudah-mudahan Allah akan mempermudahkan jalan juang sy juga.. INSYA-ALLAH…. Satu tahun lagi baki yang perlu SAYA habiskan di bukit ilmu ini... Mudah-mudahan, SAYA dan sahabat SAYA dapat menamatkan dengan jaya.. INSYA-ALLAH...


  


Wednesday, April 27, 2011

Dahulu..... Kini

Dahulu kau tidak begitu…….
Dahulu kau seorang yang penyayang,
Dahulu kau seorang yang prihatin,
Dahulu kau seorang yang pemurah,
Dahulu kau seorang yang baik hati,
Dahulu kau tempat aku berlindung,
Dahulu kau tempat aku menyelesaikan masalah,
Dahulu aku gembira bila bersama kau,
Dahulu aku bangga bila kau ada disisi aku,
Dahulu aku rasakan setiap masalah akan selesai bila kau ada,


Tapi itu dahulu…..


Kini kau telah berubah,
Kini dia adalah keutamaan bagimu.


Tapi aku tak pernah kecewa dengan sikapmu...


Kerana DIA sentiasa ada bersamaku,
Kerana DIA lebih mengetahui tentang perasaanku,
Kerana DIA lebih menyayangi aku,
Kerana DIA adalah sebaik-baik pelindung bagiku,
Kerana DIA sentiasa memberi aku kekuatan.

"Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari kemurungan dan sedih. Aku berlindung kepada-Mu dari ketidak berdayaan dan kemalasan. Aku berlindung kepada-Mu dari sikap pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepada-Mu dari jeratan hutang dan paksaan orang lain."

Sunday, April 24, 2011

Rindu Kampung

Assalamualaikum wbt....

Kaku. Blur. Mmmmm.... first xtau nak tulis ape... Tp akan kuatkan jari jemari ini untuk menulis apa yg terlintas di fikiran...Dah lama blog nie terbiar, kesian... Nasiblah wahai blog sebab dapat tuan yg tak bertanggungjawab.. >_<
InsyaAllah pada hari ini, sy akan usahakan juga untuk menulis, ye blog.... Bak kata FARAH, tulislah apa yg terlintas...thanks FARAH sebab bagi semangat kat sy untuk menulis kembali (ikutkan aty dah nak bersara tp FARAH punye pasal xpe sy cuba)... ^_^


Petang yg sejuk dan dingin ini, membuatkan sy terkenangkan suatu perkara yg membuatkan hati ini meronta-ronta nak balik KAMPUNG iaitu sy rindu sangat kat FAMILY sy. Rindu dengan MAK, rindu dengan gelak ketawa anak-anak saudara sy, rindu dengan abang-abang sy, rindu dengan kakak-kakak sy... dan rindu dengan seorang lelaki yang menjadi pemangkin kepada sy selain MAK sy...Dia adalah orang kedua terpenting dalam hidup sy....Lelaki ini terlalu istimewa buat sy, dialah tempat sy meluahkan perasaan sy selain abang sy. dia lah kawan dan dia lah musuh(tp taklah sampai kami berdendam, gaduh2 manja..=P). Dia terlalu istimewa bagi sy.. Kalau dia x suka dengan sesuatu perkara, sy akan cuba untuk tidak melakukannya.. Terus terang sy katakan yg sy sayang kan dia.......


_Inilah dia lelaki yang sy maksudkan iaitu ADIK sy_

 


Tak sabar rasanya menanti detik 29 april 2011, ingin bertemu dengan FAMILY yg tercinta... Mudah-mudahan semuanya selamat....

Thursday, March 17, 2011

Hati ini...

Hati semakin sakit,
Dengan semua ini,
Hati semakin sesak,
Denga apa yang berlaku,
(La Tahzan, wahai hati….ALLAH SWT, tidak akan pernah mempersia-siakan ketabahan seorang insan)
Hati kembali gembira, bila diberi bisikkan itu..( ^_^ )

Tapi aku ingin bertanya……
Aku kah yang salah????
Jika benar, berterus teranglah… Jangan biarkan hati ini tertanya.
Jika benar aku salah tegurlah aku….. InsyaAllah, aku sedia menghadapinya.
Jika benar aku silap……….. Betulkan aku.
Aku hanya manusia biasa.
Maafkan aku....

Saturday, February 12, 2011

Cinta

Cinta itu indah,

Indahnya hidup ini jika memperoleh cinta-NYA,

Cinta itu membahagiakan,
Bahagianya hidup ini kerana DIA sentiasa ada bersama ketika sedih dan gembira,


Cinta itu semangat,
Sentiasa bersemangat menghadapi dugaan dalam kehidupan demi cinta kepada-NYA,


Cinta itu perjuangan,
Ikhlas dalam perjuangan hidup ini demi keredhaan-NYA.


Cintaku kepada DIA,
DIA satu-satunya cinta yang kucari selama ini.