Wednesday, April 27, 2011

Dahulu..... Kini

Dahulu kau tidak begitu…….
Dahulu kau seorang yang penyayang,
Dahulu kau seorang yang prihatin,
Dahulu kau seorang yang pemurah,
Dahulu kau seorang yang baik hati,
Dahulu kau tempat aku berlindung,
Dahulu kau tempat aku menyelesaikan masalah,
Dahulu aku gembira bila bersama kau,
Dahulu aku bangga bila kau ada disisi aku,
Dahulu aku rasakan setiap masalah akan selesai bila kau ada,


Tapi itu dahulu…..


Kini kau telah berubah,
Kini dia adalah keutamaan bagimu.


Tapi aku tak pernah kecewa dengan sikapmu...


Kerana DIA sentiasa ada bersamaku,
Kerana DIA lebih mengetahui tentang perasaanku,
Kerana DIA lebih menyayangi aku,
Kerana DIA adalah sebaik-baik pelindung bagiku,
Kerana DIA sentiasa memberi aku kekuatan.

"Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari kemurungan dan sedih. Aku berlindung kepada-Mu dari ketidak berdayaan dan kemalasan. Aku berlindung kepada-Mu dari sikap pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepada-Mu dari jeratan hutang dan paksaan orang lain."

No comments:

Post a Comment