Thursday, April 28, 2011

Kenangan- Malam 26 dan Pagi 27

Persahabatan dan percintaan.

Semalam SAYA dan kawan-kawan menonton citer Mujhe Dosti Karoge (Sudikah Kamu Menjadi Kawanku?). Tajuk yang menarik tentang percintaan dan persahabatan. Indahnya persahabatan kerana sanggup mengorbankan percintaan. Mmm, antara cinta dan persahabatan mana yang kita pilih ye??? Bila Tanya kat kawan2 SAYA iaitu Farah, Ana dan Sakinah. Mereka akan jawab persahabatan, samalah dengan SAYA… SAYA juga akan pilih persahabatan… >_<

Persahabatan satu ikatan yang indah, suka dan duka kita tempuh bersama… saling ingat-mengingati antara satu sama lain agar masing-masing sentiasa berada dalam keredaan-NYA.. Tapi x dinafikan cinta juga indah, indahnya percintaan andai dalam satu ikatan yang halal.

Kenangan pada malam ini, begitu indah bagi diri … perbualan diantara kami sentiasa disulami dengan gelak ketawa.. Ana pula tak habis-habis dengan perangainya yang suka mengusik… Farah pula dengan persoalan-persoalan untuk masa depan…. Sakinah diam sikit sebab dia masih segan dengan Ana… SAYA pula lebih banyak gelak, mendengar perbualan Farah dengan Ana, dan kadang-kadang SAYA juga join Ana usik Farah…hehehehehe.. tetapi papepun, kamu semua memang best.

Setiap pertemuan ada perpisahan.

Pagi ini kak Elly datang bilik… bagitau yg dia dan kak Zila dah nak balik kampung…. Sedih, sebab sem depan kami dah takkan jumpa lagi…. Sem nie adalah sem akhir kak elly dan kak zila kat perbukitan ilmu ini…setelah 3 tahun, mereka menempuh pelbagai suka dan duka.. Alhamdulillah, mereka telah berjaya menamatkan pengajian dan menghadapi segala rintangan yang menghalang jalan juangnya… Walaupun hanya setahun lebih kami berkawan, sudah cukup menciptakan kenangan buat kami.. sy pasti akan merindui gelak ketawa kak Elly dan kak Zila... ^__^


Mudah-mudahan Allah akan mempermudahkan jalan juang sy juga.. INSYA-ALLAH…. Satu tahun lagi baki yang perlu SAYA habiskan di bukit ilmu ini... Mudah-mudahan, SAYA dan sahabat SAYA dapat menamatkan dengan jaya.. INSYA-ALLAH...


  


No comments:

Post a Comment